Sunday 3 November 2013

Taman Botanikal Ayer Keroh

Assalammualaikum .
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia .
Ehh , dah , cukup-cukup , macam nak bagi ucapan pulak aku nihh . Okayy . Taman Botanikal . Hm , kenapa aku dekat sana ? Macam mana aku pergi sana ? Siapa yang bawak aku ? Hm , aku dekat sana sebab tu salah satu daripada aktiviti lepas PMR aku . Aku pergi naik bas . Cikgu-cikgu kaunseling yang bawak . Hm , dekat sana , kita orang yang lepasan PMR ni main paintball , robot dengan orienting . Best ? Hm , not bad lah . Kira okay daripada yang lain . Hm , yelah , yang lain tu semua ceramah . Hee :D . Banyak sangat ceramah aku dengar . Hmm , okay lah . Tak tahu dahh nak cakap apa nihh , kita layan gambar okay ? 
Ni group paintball aku . Of course le dengan diorang . Sahabat dunia akhirat .


Vew of Taman Botanikal Ayer Keroh . Takdelah view sangat pun . Semua ni dari camere Siput .





Tengah dengar taklimat paintball . Lepas main paintball . Tengah main paintball . Tunggu orang lain habis main paintball . Kami memang suka bergambar . Harap maklum .


Ni lahh game robot-robot tuhh . Aku tak ingat actual name dia . Siapa yang tutup mata dengan kain tu , dia lah robot . Oh , ya . Lupa nak bagitahu . Game ni main dia macam nihh . Kena pilih salah sorang dari ahli group untuk jadi robot . Untuk group aku , aku lah yang robotnya . Hm , then , kena arahkan robot kita jalan . Tak boleh guna kiri,kanan,depan,belakang macam biasa , kena tukar ikut kreativiti . Group aku guna base drum untuk depan , bell untuk belakang , eupho untuk kanan , horn untuk kiri . Well , darah band mengalir dalam diri , dah tak boleh nak pisah lagi lahh kan ? haha , tak tak . Bajet je lebih guna macam tuhh . Tujuan sebenar biar org lain tak boleh kacau . Hmm , robot ni kena jalan and ambik buah , dalam perjalan tu , ada rintangan atau bahasa melayu dia resistance , haha . Hm , kalau terpijak atau terlanggar resistance , kena start balik dari mula . and , group aku menang . First place . Darah juara juga mengalir dalam diri kami . Jyeahh , memang bajet dan riak campur bangga diri serta takbur diri kami ni . Harap dimaafkan .Hmm , paintball pun kami menang . Siput adalah pewira sebenar , tembak tiga orang pihak lawan yaww . Hebak mu hebak , Siput .


As usual , setelah tamat berpaintball dan robot game , kami dihidangkan dengan makanan agar kami semua kekenyangan setelah melantak . Bihun goreng , karipap and kuih koci . Kuih dia sedapppppp . Berebut-rebut aku dengan siput bila orang nak bagi . hee :D . Setelah melantak , kami pun pergi berorienting .
Satu je pun gambar time orienting . act , ada banyak lah jugak . Cuma malas nak upload . Hee . Sekian okay ? Aku nak buat post pasal lain-lain pulakk . Assalammualaikum .

No comments:

Post a Comment