Tuesday 26 November 2013

Rindu~~~~ Rindu Serindu~~~Rindunyaaa~~~~

Assalammualaikum .
Hai bloggers-bloggers sekalian .Hmm , okay , malas nak bagi mukaddimmah panjang lebar , aku nak start terus je cerita aku untuk hari nihh . Act , bukan hari ni jee . hari hari aku rasa benda yang sama . Rindu . Yes , aku rindu ,  rindu sangatsangatsangatsangatsangat dengan I'SHAMAS . *nampak tak betapa rindunyaa aku dekat diorang ?
Okayy . Hmm . Aku rindu nak buat macam macam dengan diorang . Apa aku buat dengan diorang ? Macam macam wehh kita orang buat samasama . Tak kesah lah benda baik atau jahat . Yang jahat tu takde lah jahat sangat . Jahat-jahat comell jee . *Bak kata Hanis Afiqah Azman lahh jahat kita orang ni jahat yang comel comel . Okay okay , aku cerita apa yang kita orang buat samasama . Hmm , benda jahat yang paling comel kitaorang buat is turun dining paling lambat . Hanis kata lagi , kalau boleh , dia nak , kita orang duduk je terus baca doa . Okay , dia ni nampak je kecik tapi hati berani kauu . Hmm , kalau dekat dining nihh , ada banyak sangat kenangan . Yolahh , dah namo ehh hari-hari pogi dining nak mencokik . Limo kali sehari kann ? Gilalah kalau tiga tahun duduk hostel tak ada kenangan langsung dekat dining . Kau tak makan ke apa ? *Maaf , saya melalut terlalu jauh . Hmm , kenangan apa ? Hmm , hari Khamis , second last week sebelum cuti panjang nihh , kita orang puasa berjemaah . Tak ramai pun , tujuh orang je . Ye lah , I'SHAMAS kan ada tujuh ahli jee . Hmm , Yang best nyaa puasa akhir akhir tahun ni , kami je yang puasa . Sooo , Yeayyyhhhh . Happy nyaaa . Hmm , rasa macam tak guna jee puasa hari tuhh , sebab time berbuka kitaorang menganjing abang-abang dining tuhh . Ye lahh , orang puasa dapat air sedap-sedap , jus bagai . kitaorang , air pun takde . Pehall kan ? Hm , dak Mai lee start dulu , mintak air . Dah tak tahan nak nganjing ckp ahh bebaik , sekali abang tuhh bagi air suam ? Aduhhh , kan dah kena nganjing lagi , orang mintak air sejuk bang , kalau air kosong sekalipun nak bagi , biarlah sejuk , yang ada ais tuhh , diam lah jugak mulut kita orang nihh . Hmm , apa lagi ekk kenangan dekat dining ? Oh yaa , kita orang kan duduk semeja , then , aku marah sangat kalau ada yang tak makan . bukannya nak jadi mak nenek ke apa , tapi aku risau kalau ada yang kena gastrik nanti . Gastrik boleh membawa kepada ulser perut yaaa . Sebab tu aku risau sangat . Iedi lah orang yang paling malas sekali nak makan . Then , akulah yang jadi tukang suap dia . Aku suka suap orang . Aku suap Iedi pun , guna tangan , tak pakai sudu punn . Apa nak geli ? Kawan sendiri kott . Perempuan pulak tuhh , kalau lelaki lain lahh , takkan aku nak bersuap-suap kann ? Lainlah kalau husband aku . *Okay , ni lagi melalut . Maaf yee . Hmm , lauk yang paling aku ingat sekali yang aku suap dekat dalam mulut Iedi yang besar tuhh , lauk sup ayam bersama sambal sotong ditambah dengan sayur kangkung masak apa , den pun tak tahu . Hmm , lauk tu . Aku ingat sangat . Sebab ? Sebab , beberapa hari lepas aku suap dia lauk tuhh , untuk tahun nihh lahh . Masa awal tahun , kita orang gaduh besar . Besar sangat . Ambik masa berbulan jugak lah nak baik ? Sedih ? Takyah cakap ahh , tak caya , cari post aku sebelum-sebelum nihh , ada cerita pasal Iedi . Time gaduh tuhh , aku murah sangat dengan air mata . Dah lah bukan Iedi sorang je marah . Izzati pun marah aku sekali ? Kenapa ? Tak yah tahulah . Aib group kami . Hahaha .Hmm , aku sedih sangat , diorang siap kata aku nihh ajetajet leader ahh . Tak , aku tak ajetajet leader pun , aku memang ada sifat caring terlebih , kekadang orang boleh sampai rimass dengan aku . Tulahh kelemahan aku . Hmm , Sedih lahh , aku selalu buat orang rimas dengan aku . Nasiblahh ada I'SHAMAS yang setia dengan aku sampai sekarang . Hmm . Dah lah , tak yah nak cerita pasal kekurangan aku pulak dekat sini . Hmm . Dalam dorm pulak . Port paling best nak lepak bagi group kitaorang , nak tahu tak dekat mana ? Dekat bed Mai dengan Siput . I mean , antara bed diorang . *Bed diorang sebelah menyebelah . Hmm , tak tahu lahh kenapa best dekat situ .Tapi yang penting , dia memang best pun . Dekat situ lah kitaorang mengumpat , makan , tidur bila dah penat sangat , kekadang lepak baca novel . Tapi paling selalu buat dekat situ , ialah MAKAN , al-maklumlah , I"SHAMAS semua kuat makan . Hahahaha . Maaf mengutuk , kawankawan . Hmm , makan apa ? Apa je yang kita orang tak pernah makan dekat situ ? Hahahaha . Hmm , rindu nak makan aiskrim cikgu farid dekat tempat tuhh . Rindu nak buat party I'SHAMAS tiap kali hari ahad minggu balik wajib sebab almost all yang bawak makanan yang banyak untuk dikongsi bersama . Yelahh , kan sharing is caring . Hmm , oh yaa , cerita pasal ais krim cikgu Farid , aku rindu sangatsangat nak pergi lari lari dekat depan bilik gerakan semata mata nak beli aiskrim tuhh dengan Iedi . Ye ahh , kalau lambat nanti habis. Hmm , kalau pergi beli , mesti aku tak boeh nak beli untuk aku jee , mesti nak beli untuk semua I'SHAMAS. Aku nak semua makan aiskrim . aku kan caring terlebih , mana boleh makan sengsorang , takut yang lain kempunan pulakk , kan ? Hmm , aku rindu nak baring atas bed aku dengan Iedi sambil dengar lagu . Nak-nak masa bulan puasa . Ingat lagi time bulan puasa tuhh , aku tengah baring baring dengan dia sambil dengar lagu , tetiba dia ajak amek gambar . Amek gambar kaki lahh , hmm , macammacam . Pelikk , anehaneh jee , tapi tu lah yang rindu tuh , yang pelik , yang aneh lah aku rindu sangat . Aku pernah study agama dengan Iedi , siap study Sirah lagii , sampai aku nak reply text pakcik pun tak boleh , dia marah , dia kata kalau nak study kena fokus . Hmm , Ya Allah , aku rindu . Aku rindu nak tengok Hanis merepek-repek , bukan cakap je merepek , perbuatan pun sama . Tiba tiba je menari . Tiba tiba je nyanyi lagu Bieber . Hmm , rindu sangat nak pergi library dengan Hanis , Mai , Siput , Fahimah and Zati lepas PMR . Pergi selongkar surat khabar yang nak dekat dua tahun tak buangbuang lagi tuhh . Dekat bahagian belakng sekalii dalam library tuhh . Semata-mata nak cari gambar artis yang kitaorang minat . Hanis cari gambar JayyBee . Aku cari gambar ramai artis , aku bukan jenis yang minat sorang artis jee . Ehh , tak tak . Aku munat sorang je artis dalam satu masa . For now , aku adore gila dengan Fattah Amin . Hmm , then , siput cari gambar ramai jugakk , dia tu pun bukannya minat sorang je dalam satu masa . Lebihh kurang aku jee . Mai pulak cari gambar OneD . Hmm , rindunyaaaaaaaaaa . Aku rindu nak duduk dalam kelas sebelah Fahimah . That moment bila Fahimah tanya aku "Sarah,nama kau ada Nur ehh?" aku macam . "Erghhh,dah dua tahun duduk sebelah aku pun tak tahu nama aku ada Nur,pelik ahh kau nihh".Hmm , aku rindu nak tengok muka blurred Fahimah dengan Hanis dengan Siput dengan Zati . Aku rindu nak tengok muka garang Fahimah bila aku panggil dia tanpa sebab . Aku rindu nak menjerit-jerit depan Siput bila cerita pasal faveret artis aku dengan dia . Rindu nak jerit "hansomenya!Handsomenya!handsomenya!'' depan muka siput . Aku rindu time practice dikir nasyid dekat dataran . Hmm , dekat surau . Ingat lagi , malam sebelum pertandingan dikir tuhh , kita duduk dekat dataran nyanyi kuatkuat . Siap baringbaring lagi . Nyanyi lagu Memori Terindah lah yang paling aku ingat sekali . Memang memori terindah pun bila dengan korang semua . Semua kenangan kita , even pahit pun tetap memori terindah sayanggg . Aku rindu semua tuhh . Aku rindu nak order-order makanan dengan korang . McD , dominos . Rindu sangat nak lepak dekat pondok I'SHAMAS . Rindu nak lepak dobi sebelum pergi dining . Tak pun bila pagi nak pergi sekolah tu hujan . Hmm , aku rindu nak main super spontan dengan korang . Sebelum pakyat buat spontan star tu lagi kita dah main gamegame tu semua kan ? Korang ingat tak ? Ingat takk ? Hmm , takpe lah kalau tak ingat . Biar aku je yang ingat . Tapi aku harap sangat korang ingat nihh :-

"Izzati,Hanis,Fahimah,Mai,Siput,Iedi , aku sayang korang sangatsangat . Jaga 23052012 ni baikbaik okay ? Aku harap sangat takde sorang pun yang pindah , tapi , kalau pindah tu lagi menjamin masa depan , pindahlah , siapa aku nak halangkan ? Hmm , ingat tau , setiap saat yang berdetik yang kita tak berjumpa , aku sentiasa rindu kan korang . Kalau pindah , jangan lupa aku . Ingat aku yang tertinggal dekat MGHS tuu . I'SHAMAS~Sahabat~~~~untuk selamanya.Kau dan aku SAHABAT.Untuk selamanya.Selama-lamnya.Setia."

Sekian dahulu entry untuk harinihh . Panjang woii . Penat aku taip . Tapi takpelahh , rindu punya pasal .
Assalammualaikum .


Sunday 3 November 2013

Annual Dinner , Malam Tradisonal .

Assalammualaikum , Hey , we meet again . Hewhewhew . Tadi baru update . Ni nak update lagi . Time banyak cerita memang macam nihh . Kalau tak , jangan harap ah aku rajin cem ginihh nak update .
Okay . Back to the story . Hmmmmmm , dinner nihh bertarikh 18/10/2013 . bermula jam 8.30 malam . Bertempat di Ramada Plaza , Melaka . Hmm . Tema untuk this year is Satu Malaysia . Apa yang kau terbayang dalam kepala ? Baju kurung ? Punjabi ? Sari ? Cheongsam ? Kebaya ? Ke tak terbayang pape ? Heee . Hmm , semua tu boleh pakai . Asalkan tak pakai pakaian lelaki jee . Even pakaian lelaki tu pun tradisional jugakk . Hmm . Aku pakai ape ? Err , act , aku nak pakai cheongsam . Aku pun pergi le Kamdar dengan ibu , beli kain warna merah . Lepas tu hantar dekat taylor yang selalu buat baju ibu . Then , makcik tu salah jahit . Marah ? Of course . Dah macam dress je dia jahit baju aku . Hmm . Mai pakai punjabi , Hanis pun sama . Zati and Fahimah pakai kebaya . Siput baju kurung . Iedi punjabi jugakk . Gambar ? Okay . Let's the picture tell the story for the night . (((Broken English))) Harap maklum . Hee :D .
Nahhhh Amekk Nihhhhh .
Gegar sebab amek dari dalam bas.Bas belum berhenti.

 Aku tak suke rupa aku time dinner nihh . Hoodie tu pendek .
 We . Sahabat dunia akhirat . In Shaa Allah . Lovexx .
 Anak keling . Ehh , sorry-sorry . Salahh . 
 Mai je yang dapat cabutan bertuah .
 Antara makanan yang dihidangkan . Oh lupa nak bagitahu , makanan this year ialah Chinese Food . Hm , sedap ? Not so good ahh .
 Memperagakan baju . Kebaya,Punjabi,Kurung,Cheongsam tak jadii.
 Dunia akhirat punya sahabat nihh .



 Dah lebih pukul 12.Iedi's birthday.Dia nangis terharu.Hewhewhew.


Kami gila bersama , waras bersama . Ketawa bersama , menangis bersama . Makan bersama , minum bersama . Mandi pun bersama tapi lain-lain shower ahh . Hewhewhewhew . Kami belajar bersama , berjaya pun samasama In Shaa Allah . Susah bersama senang pun bersama . We shared all thing together . Saaaaayyyyyaaaaaannnnnggggg I'SHAMAS a lotttt . Sangaaaatttsangggaatttt . Muahhhhxxxxxx .

Sekian terima kasih . Thanx sebab menyinggah . Menghabiskan masa melayan bebelan merapu merepek aku nihh . Assalammualaikum :D .

Taman Botanikal Ayer Keroh

Assalammualaikum .
Salam sejahtera dan salam satu Malaysia .
Ehh , dah , cukup-cukup , macam nak bagi ucapan pulak aku nihh . Okayy . Taman Botanikal . Hm , kenapa aku dekat sana ? Macam mana aku pergi sana ? Siapa yang bawak aku ? Hm , aku dekat sana sebab tu salah satu daripada aktiviti lepas PMR aku . Aku pergi naik bas . Cikgu-cikgu kaunseling yang bawak . Hm , dekat sana , kita orang yang lepasan PMR ni main paintball , robot dengan orienting . Best ? Hm , not bad lah . Kira okay daripada yang lain . Hm , yelah , yang lain tu semua ceramah . Hee :D . Banyak sangat ceramah aku dengar . Hmm , okay lah . Tak tahu dahh nak cakap apa nihh , kita layan gambar okay ? 
Ni group paintball aku . Of course le dengan diorang . Sahabat dunia akhirat .


Vew of Taman Botanikal Ayer Keroh . Takdelah view sangat pun . Semua ni dari camere Siput .





Tengah dengar taklimat paintball . Lepas main paintball . Tengah main paintball . Tunggu orang lain habis main paintball . Kami memang suka bergambar . Harap maklum .


Ni lahh game robot-robot tuhh . Aku tak ingat actual name dia . Siapa yang tutup mata dengan kain tu , dia lah robot . Oh , ya . Lupa nak bagitahu . Game ni main dia macam nihh . Kena pilih salah sorang dari ahli group untuk jadi robot . Untuk group aku , aku lah yang robotnya . Hm , then , kena arahkan robot kita jalan . Tak boleh guna kiri,kanan,depan,belakang macam biasa , kena tukar ikut kreativiti . Group aku guna base drum untuk depan , bell untuk belakang , eupho untuk kanan , horn untuk kiri . Well , darah band mengalir dalam diri , dah tak boleh nak pisah lagi lahh kan ? haha , tak tak . Bajet je lebih guna macam tuhh . Tujuan sebenar biar org lain tak boleh kacau . Hmm , robot ni kena jalan and ambik buah , dalam perjalan tu , ada rintangan atau bahasa melayu dia resistance , haha . Hm , kalau terpijak atau terlanggar resistance , kena start balik dari mula . and , group aku menang . First place . Darah juara juga mengalir dalam diri kami . Jyeahh , memang bajet dan riak campur bangga diri serta takbur diri kami ni . Harap dimaafkan .Hmm , paintball pun kami menang . Siput adalah pewira sebenar , tembak tiga orang pihak lawan yaww . Hebak mu hebak , Siput .


As usual , setelah tamat berpaintball dan robot game , kami dihidangkan dengan makanan agar kami semua kekenyangan setelah melantak . Bihun goreng , karipap and kuih koci . Kuih dia sedapppppp . Berebut-rebut aku dengan siput bila orang nak bagi . hee :D . Setelah melantak , kami pun pergi berorienting .
Satu je pun gambar time orienting . act , ada banyak lah jugak . Cuma malas nak upload . Hee . Sekian okay ? Aku nak buat post pasal lain-lain pulakk . Assalammualaikum .

Sunday 13 October 2013

Blablablablabla

Assalammualaikum .
Haaacchhhhuuummmm . Aduhh , sakit hidung , lamanya tak bukak blog . Maklum lee , orang exam . Heee . Okayokay , now dah habis PMR and now I'm Freeeeeee . Yeayyyy . Okay , maaf , over excited . Hmm , exam harituhh , Alhamdulillah , boleh jawab , Memang lee boleh , yang tak tahu pun aku main jawab jee , asalkan ada jawapan . Haha . Hmm , semoga penanda-penanda kertas aku tuhh berada dalam keadaan tenang dan happy jee time tanda kertas aku . Amin . Enough pasal exam . Now , next story . .
Hmmmmmmmm , cite apa ekk ? Ouh , okay . Sekarang aku dah ada adikk . No , bukan adik kandung , ibu aku dah 53 . kalau pregnant , buat kena marah dengan doktor jeee . -.- . Hmm , her name is Ameere Fateha . She's 13 . Mghs student and of course hostelife . Hurm hurm hurm . Nak tengok gambar ? Errkk , takut ahh nak curikk gambar dia , bagi tengok gambar aku dengan dia je lahh . Boleh ? Tak boleh ? ahh , kesah apa aku . Blog aku kan ? Hewhewhew . Hmm , japjap , nak upload lee nihh .
Aku dan dia .

Hmm , Time tuhh ada majlis hari raya dekat hostel . Baru aku perasan baju kita orang warna lebih kurang . Hmm , act , aku tak plan dengan dia pun nak pakai baju warna dekatdekat , aku plan dengan I'SHAMAS je nak pakai biru or turqoise . Hmm , dah lahh . Tu je nak cite pasal dia nihh . 


Oh ya , sebut pasal jamuan hari raya tuhh , Kan aku cakap aku plan nak pakai baju sama dengan I'SHAMAS kan ? Nak tengok dakk gambargambar kami yang comel tuh ? Huh , perasan , haha . Kejap ehh .







So , that's our story time jamuan raya . Sama tak colour baju ? Takk ? hmm , siput and zati memang lain sikit , ahhh , tak kesah lee , asalkan still dalam keluarga hijau and biru . Hmm , we are now 1 year 4 months , lagi beberapa hari jadilah 1 year 5 months . Happy ? Of course . Sahabat dunia akhirat nihh . Susah nak carikk kawankawan macam nihh . even ada jugak bendabenda yang menyakitkan hati , sokayy ahh tuu . Adatlah berkawan macam tuhh kan ? Pagi gaduh , petang dah baik dah , palingpaling pun sehari dua jee . Thanx for being my bestest bestfriends . Saaayyyaaannnggg korang :* .

 Tu je lahh yang terlintas dekat fikiran sekarang nihh . Nanti kalau ada apa-apa cerita , and aku rajin nak menaip , aku update lagi okayyyy . Byeeeee . Lovexxxxx muchhxxxx . Assalammualaikum XD .

Friday 24 May 2013

Happy Belated 1st Anniversary .

Assalammualaikum .
Hai readers . Hmm . Rasa macam dah lama jee aku tak update blog nihh . Rindu pulakk . Haha . hmm . harini nakk cerita pasal Anniversary . Act , anniversary semalam . Nak update , tapi , tak jadi , sebab aku terkhusyuk layan forteen dekat youtube . Hehe . Sampai pukul dua lebehh kott . Okayokay . Dah , stop . Back to our topic . Hmm . Ohh ya , lupa nak cakap . Ni pasal anniversary aku dengan ISHAMAS . Yeaaayyyhhh . Dah setahun . Lama dah tunggu date semalam , akhirnya tiba jugakk . Tapi , yang tak best nya , aku takde dengan diorang time semalam . Sebab aku dah balik dulu . Demam . Hmm , takpelahh . Yang penting aku tak lupakan diorang and date tu , Ya dokk  ? Hmm , talking about them . Suddenly i feel like i miss them damn much . Baru tiga hari tak jumpa . Cuti pulakk 2 minggu . Haihh , lamanyaaaa . Takpelah . Cuti seronok . >_< .
Nii time sambut monthlysary ke-lapan kitaorang .

Hmm . aku suka tengok gambar dekat atas tu . Nak tahu kenapa aku suka ? Sebab aku palingg tinggi . Jyeahhh . Hmm . Aku rindu nak macam ni . But , sokayy lah . Dah ada improvement dah pun hubungan kitaorang ni . Dah tak macam dua tiga bulan sebelum ni . Kami dah semakin rapat sekarang . Alhamdulillah . Terima kasih Allah sebab kurniakan aku insan-insan yang macam diorang ni dalam hidup aku . Lindungilah persahabatan kami ya Allah . Terapkan nilai-nilai yang baik dalam diri kami . Kukuh kan rasa kasih antara kami . Amin . 

Guys , Happy belated Anniversary . Thanx untuk setahun yang amatamat bernilai ni . Kekalkan relayy kita okay ? Aku sayang korang . In Shaa Allah , korang sahabat aku dunia akhirat . Nothing can seperate us accept death . Kalau tahun depan , ada antara kita yang pindah . Jangan lupakan group ni tau . keep in touch . Keep remembering each other . Korang , good luck PMR .  In Shaa Allah , kita bertujuh akan dapat 8A , Amin . Aku sayang korang , SAHABAT <3 . :D .
Nanti sambut lagi tau . Makan benda lain pulakk .

Aku tahu korang tak suka gambar nii . Tapii aku suka . Every picture has its own memory . Same goes with us .

Friday 3 May 2013

The three weeks and YOU !

Assalammualaikum.
Hai guys . Rasa macam dah lama je aku tak balik rumah . Hmm , dalam tiga minggulah jugak . Hmm , dalam tiga minggu tu aku asyik nangis jee . Yeah , I am Sarah , the cengeng girl . Better aku menangis dari aku naik tangan dekat kau . Biarlah sampai sakitsakit kepala aku ni . Sampai sembab mata menangis kerana kau . Aku tak rasa kau tahu aku menangis , apatah lagi nak tahu aku nangis sebab kau . Hmm , it's okay . Aku dah biasa macam ni . Aku bukan nak suruh orang bagi attention dekat aku , cukuplah setakat sorang dua yang datang dekat aku time aku nangis and tanya aku kenapa , dengar aku cerita , bagi respon dekat cerita aku . Hmm , susahnya nak cari sorang dua tu walaupun aku hidup di kalangan beribu orang . 
Tiga minggu tu , banyak sangat masalah yang datang . Orang nampak aku senyum , tapi , dalam hati aku , tak pernah berhenti menangis , nak nak bila tengok muka kau pandang aku macam aku ni binatang yang sangat menjijik kan . Aku dah banyak dah sabar wehh dengan kau . Tapi kau tak pernah respect rasa sabar aku dekat kau , kau lagi cabar kesabaran aku lagi adalah . Haih , selamat lah tak naik tangan atau kaki aku ni dekat muka atau badan kau tu wehh . Mulai hari ni , suka hati kau lah wehh , apa kau nak buat , kau buat lah . Aku dah banyak kali cakap , kalau aku sayang , aku sangat mengambil berat , tapi , bila perasaan sayang tu hilang ..... Hmmm .

Untuk kau yang buat tiga minggu aku penuh dengan air mata , tahniah sebab dah berjaya buat aku sentiasa menangis . Take a good care of yourself bacause i'm not the old Sarah that will always take care of you . Maafkan semua salah aku dekat kau yang kau belum maafkan lagi . Kau boleh cari aku bila kau rasa kau perlu kan aku nanti . Aku tak sekejam yang kau sangka , dengan senangnya boleh lupakan semua kenangan kita . Hmm .

Sunday 14 April 2013

I don't know :'(.

Assalammualaikum.
Hey guys,sorry lama gila berbulan-bulan tak update.Hmm,buzy dan sedikit malas.HAHA.Hmm,act,harinih nak cerita apa yang dah berminggu-minggu terbuku dalam hati.

Yes.aku sedih.Sedih sangatsangat.Hmm, susah jugak kan kalau dah terlalu sayang nih . Hmm , Ingat lagi pasal SHAMAS yang aku selalu cerita sebelumsebelum ni ? Hmm , sekarang dah jagi iSHAMAS . Ada new member , Izzati . Hari ni bukan nak cerita pasal zati je . Hmm ,  aku tak tahu apa nak jadi dengan group ni . Kadangkadang aku rasa macam aku ni lah punca kita jadi macam ni . Sebab tu lah sampai terlintas dalam hati aku nak keluar dari group ni hari tuhh . 
To be honest , aku memang tak ada masalah langsung dengan korang semua tapi aku tak tahu kenapa aku jadi mcm ni dengan Iedi .Hmm , Iedi , kau kenapa ? Kenapa kau layan aku mcam ni ? Kau tahu apa perasaan aku bila kau buat aku macam tuhh ? Pernah kau fikir apa yang akan aku rasa bila kau layan aku mcm tuhh ? Hmm , berhari-hari aku nangis pasal kita , pernah kau kesah ? Sampai sakitsakit , demamdemam aku pikir kan masalah kita , pernah kau care ? Hey girl , be matured please . Kita dah form 3 wehh . Takkan asyik nak gaduh mcm budak umur 7 tahun macam nii ? Seriously , aku dah tawar hati nak pujuk kau . Aku tak tahu apa salah aku sampai kau layan aku mcm ni ? Susah ke kau nak cakap apa salah aku ? Kau takut aku kecik hati ? Hey . dengan layanan kau yang macam ni lagi kecik hati aku wehh .

Iedi ,  . Hmm , kau dah lupa ke time kita baik dulu ? I mean . beberapa minggu lepas . Kau dah lupakan semua benda yang kita buat samasama ? Wehh , demi Allah aku rindu semua kenangan kita wehh . 11 bulan kita samasama bukan sikit kenangan yang kita ada . Aku rindu nak angkat kau . Aku rindu nak pergi masak air dengan kau . Aku rindu nak stay up dengan kau . Aku rindu nak buat nestum dengan kau . Aku rindu nak gelakgelak dengan kau . Aku rindu semua benda lawak yang kau buat . Aku rindu semua yang berkaitan dengan kita . Aku rindu . Aku rindu nak borakborak dengan kau. Aku rindu nak masuk surau lambat dengan kau . Aku rindu nak lepak belakang bilik wudhuk dengan kau . Aku rindu nak dnegar semua cerita yang berkaitan dengan kau . AKu rindu nak buat planning untuk sambut monthlysary kita .  Benda paling aku rindu , aku rindu nak SUAP kau makan dekat dining . Sebab benda tu lah benda last aku buat sebelum kita gaduh . Lepas ni , boleh tak kalau aku nak buat bendabenda nihh lagi ?
Apa salah aku wehh ? Cakaplah . Kenapa kita jadi macam ni ? Kenapa ? Jawab lah Iedi . Kalau salah aku , aku mintak maaf sangat sangat . Aku nak kita jadi macam dulu . Wehh , aku sayang kau . Kau dengan yang lain penyeri hidup aku dekat hostel tuhh . Biarlah kau nak cakap aku mengarut ke , apa ke . Yang aku tahu . Aku sayang kau . Sayang sangatsangat . Aku taknak kita berpecah . 

*Sorry kalau ada typo.Aku taip dalam keadaan menangis . 

Saturday 26 January 2013

2013

Asslammualaikum .
Haaachuuum , adoii , sakit hidung . Berhabuk betul blog nii  . Hmm , Sorry guys . Tak ada masa sangat nak update blog . Hmm , it's 2013 and i'm 15 . Weehaaa . Dah form 3 bermakna , aku akan menduduki PMR tahun ni *amboii ayat . HAHA . Err , tkut act , tapi , still ada masa right ? So , In Sha Allah , aku boleh catch up balik apa yang tertinggal tuhh . Hmm , disebab kan aku form 3 , so dalam dorm aku , semuanyaa form 3 dan itu menyeronok kan . Nak tahu kenapa ? Sebab , aku tk ada adik dorm serta kakak dorm . Suka hati kau lah nak buat apa dalam dorm tuhh asal kan jangan menyusahkn orang lain . Hmm . Life aku dekat hostel tak banyak berubah pun . Hmm . Aku bersyukur sebab dapat satu dorm dengan geng aku semua . Bed pun takde ahh jauh sangat . Dekat kelas pulakk , aku still duduk sebelah Fahimah , Hanis still duduk sebelah Mai , Siput still sebelah Zati . Hmm , Iedi kelas lain , so aku tak tahulahh . Tapi , dia duduk sebelah budakk pandai ahhh . Hope budak tuhhh dapat ajar dia apa yang dia tak faham . Hmm . Kelas aku still 24 orang . Tak berkurang , tak bertambah . Baguslahh , aku pun tak suka kalau ada tambah orang nii , takut tak serasi . Cikgu-cikgu , Alhamdulillah semua nya okay . Kesian cikgu geo aku , budak kelas aku suka bahan dia . Hmm , hope dia okay dgn kitaorg and tak doakan yang bukan bukan . Err , cikgu math aku pulakk , blue nau . Tengah belajar topikk math , boleh pulak masuk pasal sex . Adoii , kalau pengetua tahu . mampus ahh . Cikgu nii siap galak kan lagi tengok porn . Ngekk betul . HAHA . Yang lain , semuanya okay kott . Setakat ni ahh . kalau ada yang tak okay nanti aku share dengan korang . Hmm , aku takde idea ahh nak tulis lagi . So , better stop dekat sinihh . Assalammualaikum guys . :D .